Saturday, 24 December 2011

Kenduri

Flippy menaip -_-


Wuhuu~~ . Ramainya orang kat rumah Flippy . Walaupun kenduri start pukul 8 malam nanti , tapi baru pukul 4.53 dah ada ramai orang berkumpul kat dalam rumah aku . Biasalah kaum perempuan . 


Rumah Flippy pun dah tunggang terbalik macam dilanda ribut taufan puting beliung . Yang kanak-kanaknya main game kat luar sambil menjerit GOALL dan HOORAY MENANG . 


Terpaksa lah Flippy dan kengkawan dok dalam bilik demi mengelakkan kebingitan yang berlaku di luar . okay hiperbola sikit . 


Rasa macam seratus orang yang ada kat dalam rumah aku . Wuhuu~~ Flippy tipu . Nampak macam ramai orang yang bakal datang ke rumah Flippy . Banyaknya makanan yang dimasak . Ayam sampai 12 ekor . Kalau tak cukup juga tak tahu la . 


Harap-harap kenduri nanti malam berjalan lancar . 


Terima kasih ^_^


terima kasih baca blog Flippy Pippy!jangan malu jangan segan datanglah lagi

Friday, 23 December 2011

Kata Cinta

Flippy menaip -_-


♥ Kata Najwa ----> Cinta Muka Buku ♥♥ Kata Rangga ----> Ada Apa Dengan Cinta ♥♥ Kata Radja ----> Benci Bilang Cinta ♥♥ Kata Agnes Monica ----> Cinta Tak Ada Logika ♥♥ Kata Polis ----> Cinta Itu Sukar Ditangkap ♥♥ Kata Ustaz ----> Cinta Itu Anugerah ♥♥ Kata Doktor ----> Cinta Tak Dapat Diubati ♥♥ Kata Guru ----> Cinta Tak Boleh DiPelajari ♥♥ Kata Hakim ----> Cinta Tak Boleh Di Hukum ♥♥ Kata Orang ----> Cinta Itu Indah ♥♥ Kata Ulama ----> Cinta ALLAH Kekal Abadi ♥


Terima kasih ^_^
terima kasih baca blog Flippy Pippy!jangan malu jangan segan datanglah lagi

Thursday, 22 December 2011

Wang Kertas Malaysia Siri Ke-4 2012

Flippy menaip -_-


Ehh . Betul ke ada wang kertas baru untuk tahun 2012 nanti ? Betul la kot . Flippy tahu benda ni pun daripada beberapa orang blogger dan kat FB pun da banyak dah orang post pasal duit kertas baru ni . Comel sangat duit baru tu . Rasa macam nak pegang sekarang juga duit baru tu . Kalau Flippy dapat duit tu takkan ku guna sampai keluar duit kertas baru lagi . Wahahaha . Boleh pulak gitu .


Duit baru tu pun ada RM 20 juga . Yang pasti duit baru ni ada pelbagai warna . Comel sungguh .




Ehh . Korang perasan tak dalam gambar tu ada duit syiling gak . Tu pun baru ke . Biasalah Flippy kan 'slowpoke' sikit . 


Hasil daripada pertanyaan tadi


Flippy sebenarnya tak pasti sangat pasal benda ni . Dok search kat Google nampak pulak benda comel dan disayangi ramai ni . Kuikuikui . 




Dengar kata wang kertas baru ni mula diedarkan Julai / pertengahan 2012 . Hu~~ . Bila lah dapat pegang duit comel tu . 




Terima kasih ^_^

terima kasih baca blog Flippy Pippy!jangan malu jangan segan datanglah lagi

Wednesday, 21 December 2011

zaman kanak-kanak

Flippy menaip -_-




Kalau kita imbas balik zaman masa kita kecik muda mudi yang mukanya halus belum ditumbuhi jerawat mesti kita rasa nak jadi budak balik kan even kita taw kita tak boleh jadi macam tu.Masa time waktu kita kecik tak banyak sangat benda yang kita pikir.Paling-paling pon kita mesti pikir,lepas habis buat kerja sekolah nak main.Hari-hari macam tu.


How tall am I now?


Kalau kita keluar main pun kita tak kisah nak main dengan siapa asal permainan nya tak bosan.Then,tak kisah kita main dengan budak laki ke budak perempuan ke semuanya macam sama sebab memang minat sama untuk bermain.


toddler on the moon


Kalau Flippy time waktu masa kecik memang suka main yang ganas-ganas walaupun Flippy ni perempuan.Masa Flippy kecik,Flippy tak banyak kawan perempuan untuk diajak bermain.Kalau ada pun adik perempuan.tapi dia lembut selalu main patung,main masak-masak tak pun main princess-princess segala macam.


happy boy


Bila ingat balik apa yang mak ceritakan kat Flippy rasa macam nak kata '' kenapalah aku macam ni masa kecik kalau aku main permainan perempuan mesti aku lebih feminin '' ceh feminin konon.Ko tu memang dari kecik tak taw maksud feminin.Kuikuikui.Memang masa aku kecik dulu aku tak pernah ada patung Barbie ke mainan masak-masak ke atau baju-baju princess ni.Yang aku ada cuma pedang mainan yang ala-ala starwars dengan topeng yang ala-ala Power Rangersm sebab konon nanti pakai boleh selamatkan orang.Patung yang Flippy ada cuma patung Garfield yang kucing gemuk suka cari masalah sama macam Flippy.Kuikuikui.

Setelah hari berganti hari tahun berganti tahun baju dan seluar memang selalu berganti perangai Flippy tetap tak berubah.Tetap macam dulu suka main.Belajarnya ntah ke mana.Main je lebih.Disebabkan buat masa ni Flippy stay dekat Perak suasah naik main macam dulu.Tak ada budak yang diajak bermain semuanya dok dalam rumah belajar tak pun  tolong mak dorang uli tepung.Kalau nak cari kawan sebaya dibawa main kejar-kejar ke polis entri ke nenek bongkok tiga ke jangan harap.Kalau ada yang nak ikut pun mungkin cuma dok tepi gelakkan orang.

Nasib menyayangi Flippy sebab Flippy balik Johor kejap untuk cuti sekolah kali ni.Kejap je pong tak dapat nak main lama-lama.

Sejak balik Johor untuk jangka waktu yang singkat ni,Flippy selau main dengan adik plus kengkawan dia sekali.Tak malu benor main kejar-kejar,baling selipar,bola bagai.(Sedarlah Flippy umor ko tu dah 16 tak lama lagi 17).Ye la aku sedar.Tapi memang best woo main benda ni.Badan pon boleh jadi sihat dan otak pun jadi cerdas.Macam ayat bebudak dalam iklan je.


playing in snow


Satu hari yang lepas Flippy baru je lepas main kejar-kejar.Huh~ tak guna cuma Flippy dengan adik Flippy sorang je yang perempuan and yang paling senior.Tapi memang dah muka tembok,orang lain dok tengok kitorang main tambah-tambah lagi dengan budak perempuan yang gedabak ni.Tetap tak dipeduli.Mungkin dorang tu jeles tak dapat main dengan kitorang.Sapa suruh dok jejauh sampai sploh batu sana.Kalu nak main cakap je memang diterima.


kid reading


Aku tengok pun sekarang bukan je budak perempuan yang laki pun dah tak nak main benda-benda camni ye la Flippy faham dorang nak tolog mak dorang buat kuih plus budak zaman sekarang dah ada gadget canggih sendiri punya.Tak macam Flippy,laptop pun nak kena share.Haish~~


Terima kasih ^_^

terima kasih baca blog Flippy Pippy!jangan malu jangan segan datanglah lagi

Worldless Wednesday : Life








terima kasih baca blog Flippy Pippy!jangan malu jangan segan datanglah lagi

Monday, 19 December 2011

Flippy menaip -_-


Tadi masa Flippy dok menyelongkar FB,Flippy terjumpa satu post yang amat comel dan menginsafkan..rasa nak kongsi pulak dengan korang..ye laa..untuk memberi peringatan la juga..


<<<Rahsia Surah Al-Kautsar>>>
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


Lepas Flippy baca surah ni timbul rasa keinsafan kat dalam diri yang belum cukup sempurna sifatnya..huhu..
Rasa macam nak amalkan surah ni..


Harap lepas korang baca entri ni ada la juga rasa insaf..sama-sama lah kita renungkan..

Terima kasih ^_^ 

terima kasih baca blog Flippy Pippy!jangan malu jangan segan datanglah lagi

Sunday, 18 December 2011

tukar baru

Flippy menaip -_-


tadi Flippy ada ubahsuai blog Flippy..mula-mula tu jadi la jugak sebab Flippy ada buat background dekat post tittle..Flippy letak bunga-bunga..pastu Flippy preview dulu..wahhhh~~dah jadi...comelll..pastu betulkan lagi sikit..nak centerkan dia punya tittle plak..jadi jugakk...bangga-bangga..semuanya jadi..


dah preview dan dah puas hati...Flippy pun terus lah save..dengan tak sabarnya Flippy terus view blog..


huh~~tak ada pulak benda tu...mana dia pergi..penat-penat je tadi vcantikkan benda lah tu..last-last semuanya hilang..plus,,tittle post pun bukan lagi dekat center..ouh..biarlah..


pasrah sahaja apa yang berlaku..nasib baik semua tak hilang..

lepas ni malas lah nak edit balik semua benda tu..biarkan je..takut nanti jadi macam tadi..membazir waktu je..


terima kasih ^_^

terima kasih baca blog Flippy Pippy!jangan malu jangan segan datanglah lagi

Tuesday, 13 December 2011

Worldless Wednesday




terima kasih baca blog Flippy Pippy!jangan malu jangan segan datanglah lagi

Sunday, 11 December 2011

second blog

flippy menaip -_-


hey hey..ini blog flippy yang kedua..blog yang first tu di padam atas sebab-sebab tertentu..walaupun sayang tapi terpaksa..


first of all..flippy seorang kpoppers..tapi blog yang ini flippy tak tekankan sangat pasal k-pop..tapi mesti kengkadang ada entri pasal k-pop dekat dalam blog flippy ni..


terima kasih.. ^_^

terima kasih baca blog Flippy Pippy!jangan malu jangan segan datanglah lagi